Monday, March 21, 2011

Al-kisah Rumah Berhantu.

Mulanya cerita di malam yang hening..Terdengar nyalakan anjing memecah kesepian malam.. bulu roma ditengkuk berdiri tegak bagai tentera dalam keadaan sedia.."HOI!" tegur sabri."Apa yang kau karang dekat laptop kau tu. Kusysuk jek..aku balik pun tak sedar" pekik beliau. Ya itu sabri,budak rumah aku, Da genap sebulan kitaorang duduk dekat rumah ni. Hanya aku dengan dia je la menyewa kat rumah ni. Aku pula sham. Aku bekerja sebagai penulis buku separuh masa.Ingin aku kongsi sebuah kisah mengenai rumah yang kami duduk sekarang ni.

Aku:"Aku saje try nk buat cerita hantu.Mana tau leh jadi best seller ke?"
Sabri:"Huish ade ke karang cerita hantu malam-malam mcm ni. Kau tau tak yang 'benda-benda' tu leh tau kalau ko cakap pasal dorang"
Aku:"Karut la kau ni. Mana ada dorang leh tau.Apa dorang ada internet ke nak main spy-spy?" kata ku sambil ketawa.
Sabri:"Ko jgn nanti ko kene baru kau tau".
Aku:"ah da la jgn nk mengarut pulak"

lalu sabri beredar dari bilik ku. Aku kembali menulis. Haish hilang semua idea yang hendak aku karang kan tadi. Teringat kembali kata-kata sabri aku jadi kurang bersemangat hendak menyambung karangan aku tadi. Ku lihat jam sudah masuk pukul 12.30 pagi. "Ala kalau hantu nak datang dari pukul 12 tepat tadi dah datang" fikir ku sendirian. Dengan senyuman sinis aku kembali mengarang cerita ku tadi.Aku meluahkan idea-idea bernas aku ke dalam karangan ku itu sambil menikmati sedikit sebanyak perasaan seram yang bakal dirasai oleh pembaca. Aku senyum menunjukkan tanda puas.

"Alamak da lewat la pulak..da pukul 3.00 pagi da ni, esok mesti lambat bangun gi kerja" tutur ku seorang diri. Menyedari waktu sudah terlanjur lewat aku menutup laptopku lalu bersedia untuk tidur. Kebiasaan bagi diriku sebelum tidur untuk ketandas melunaskan hajat samada kecil atau besar agar waktu tidur ku lebih nyenyak. Aku bingkas bangun dari kerusi lalu berjalan menuju ke bilik air. Ku lalui depan bilik sabri, kelihatan gelap namun pintu biliknya tidak ditutup. "Aik pelik pulak si sabri ni..selalu jaga sangat privacy bilik, sekarang ni tidur tak tutup pintu? takut hantu kot hehe" aku berbicara pada hatiku. Aku teruskan langkah ku ke tandas.

Selesai urusan ku di tandas ku lihat jam di ruang tamu rumah. "pergh da pukul 3.30 da ni. Memang lambat la jawabnye esok gi kerja". Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik. Namun belum sempat aku sampai ke bilik aku melihat kelibat hitam masuk ke bilik ku. Keadaan rumah pada waktu itu gelap kerana sudah menjadi kebiasaan kami untuk menutup kesemua lampu selepas waktu pukul 12 tengah malam, nak jimat eletrik la kata kan. "eh apa pulak masuk bilik aku tu?" sambil masih cuba mencari kepastian. Ku cuba melihat untuk memastikan apa atau siapa didalam bilik ku itu."Sabri...Sabri..! kau ke kat dalam bilik aku tu?" pekik ku. Tiada sahutan. Aku menuju ke bilikku dengan langkah yang perlahan dan dalam keadaan berhati-hati. "Takkan la pencuri pecah masuk rumah kot?" bisik suara kecil hati ku. "Siapa dalam bilik aku tu hah?!" pekik ku lagi. Ku intai sedikit ke dalam bilik, ku lihat sabri terbaring diatas katil ku sambil muka memaling kearah bantal ku. "Lah sabri..Apahal la kau tak menyahut bila aku panggil kau tadi?". Lalu sabri memaling muka ke arah ku..Perlahan-lahan muka beliau dapat ku lihat dengan jelas."Aku takut la sham.Aku da kata jangan tulis pasal 'benda-benda' tu malam, kau taknak dengar..sekarang ni aku da kena kacau!". Tersentak aku mendengar butir perbualan sabri. Seperti tangan ku bergerak sendiri tercapai-capai mencari suis lampu. Ku petik suis lampu namun tidak kelihatan kerlipan lampu kalimantang bilikku menyala. "Aku da kata da...sekarang ni benda tu nak kacau kita pulak" kata sabri."Weh ko jangan main-main weh.Tak kelakar ni" aku membentak pada sabri, "Aku da cakap kau taknak dengar, sekarang apa da jadi!" jerit sabri. Tiba-tiba kedengaran seperti nyalakkan anjing.Kuat dan bingit seperti yang aku bayangkan ketika aku mengarang novel ku tadi. "Sabri....aku takut laa~~" kataku sambil terduduk disebelah sabri."Aku mintak maaf sabri...aku takut ni"kataku namun tiada sahutan dari sabri. Ku lihat sabri sudah pun terbaring menyorokkan mukanya pada bantal. "SHAAMMMMMM~~~~SHAAAMMMMM" terdengar suatu suara garau memanggil ku dari arah ruang tamu. "Ya allah...selamat kan la hambamu ini" kata ku di dalam hati. Sedaya upaya ku cuba mengingati surah-surah dan kalimah-kalimah suci namun tidak satu pun dapat ku baca. Aku hanya mampu menyorokkan muka ku. sambil hati ku berulang kali memohon supaya diselamatkan.


"Woit Sham!Sham!" jerit sabri..aku dengan keadaan separuh sedar membuka mata dan lihat sabri di hadapan ku.Kemudian ku teringat apa yang terjadi semalam lalu ku pegang erat bahu sabri. "Weh sabri apa benda malam tadi tu.Aku takut la. Kalau kau takde ngan aku semalam mau aku cabut lari dari rumah ni". Kelihatan mata sabri memandang ku pelik. "Nape sabri?kenapa kau pandang aku macam tu? cakap la..serius aku memang tak sangka apa kau cakap tu jadi pulak..aku mintak maaf sab". Sabri kemudian berdiri disebelah katil ku. Ditenung mata ku seperti ada salah ku padanya. "Eh apa kau cakap ni sham.Aku da message kau kan kata aku tak balik semalam.Apa yang ko merepek pagi-pagi ni?"Kata sabri pada ku. "Kau ada kan semalam.Kau ngan aku atas katil ni.Ada benda kacau kita semalam.Kau tak ingat ke?" kata ku dengan nada yang tinggi. Kemudian sabri mencapai telefon bimbit ku sambil menunjukkan satu pesanan ringkas yang masih belum dibuka. "Weh sham malam ni aku tak balik,aku kene ganti kerja shift malam pulak.Sori weh" bunyi mesej berikut. "tapi kalau kau tak balik semalam........." kata ku terhenti sambil aku memaling muka kearah tempat dimana sepatutnya sabri terbaring. "siapa yang sorok sebelah aku se..se..semalam....." kini nada ku terketar-ketar sambil menarik selimut disebelah ku.Apabila selimut ditarik kulihat sekeping nota berlipat kemas ada diatas katil ku. Dengan perlahan ku buka nota tersebut dan mula membaca "Lain kali kalau orang da bagi amaran tu sila la dengar. Kalau taknak dengar, malam ni aku datang lagi." Bederau darah ku membaca nota tersebut. Sejak hari itu memang aku tidak lagi mengarang pada waktu malam dan tidak lagi lampu rumah aku ditutup selepas pukul 12 tengah malam.


Kisah-kisah al-kisah

Ok I would like to dedicate this blog to my imagination,
so What you read here may not necessary be true yet it might not be a lie as well.

Ok saya ingin mendedikasikan ini blog kepada imaginasi saya,
Apa yang dibaca tak semestinya benar dan jugak tak semestinya satu penipuan.

Story may be in english or malay or both..so paham2 la kalau da mix bahasa tu..
no rules right